Pages

Info

Bagaimana untuk bezakan 'Original' dengan 'Palsu'?


Cuba tengok gambar di bawah, rasanya macam ori kan...








Tak ori sebenarnya...gambar tagnye di bawah..




Tag hitam tulis Made In Vietnam, yang putih dalam Made In China, mana yang betul agaknya...




Selalunya orang yang nak beli barang ni bukan tengok sangat ori dengan x ori. Asal cantik, sedap mata memandang terus je sapu tapi dorang tak tau yang kualiti tu lebih penting daripada gaya. Atau sesetengah orang memang tak tau pun barang yang dia beli tu tak ori sebab 'tag'nya seakan-akan ori. Kalau barang baru tak kisah sangat la, sebab barang baru bole la tahan lama sket walaupun tak ori. 

Ori 2,3 tahun bole la tahan tengok pakai camne, yang tak ori setahun pun dah ok la memandangkan harga pun separuh. Kos produk makin meningkat jadi harga pun naik la kan. Harga yang tak ori sekarang pun lebih seratus gak la...Kalau beli bundle rasanya ori kan......tak jugak.....jangan silap pilih sebab bundle pun kadang2 terselit tak ori. Yang jadi mangsa terbeli mahal lak tu sebab ingatkan ori, memandangkan fizikalnye cantik lagi tapi mental orang yang beli jadi kacau bile member sindir beli kasut tak ori..bundle lak 2.... Hahaha....

Selalu yang kena ciplak ni barang2 popular yang dah ade kat Malaysia cam Adidas, Nike, New Balance,Etc...Barang2 high class pun ade cam Guess, Prada, Coach, Etc. Barang2 budak2 hiphop pun ade...tu pun sebab Justin Bieber pakai cam Supra, Radii (bukan Radhi Khalid).

Jadi aku nak tunjuk contoh tag dalam kasut yang ori dengan yang tak brape nak ori... Pandai2 korang la nilai... Tengok kualiti pn bole tau sebenarnya tapi kadang2 kite tak perasan. Pegang2 rasa cam kulit tapi pvc.....gosok2 kulit berbulu rupanya kain seakan2 kulit je..senang cite tengok tag made dari mana bole tau ori ke tak...Biasanye dari Asia la kite konfius. Kalau dari Eropah, Amerika selalunya konpem ori tp jarang bole dapat la kan.

Adidas - Vietnam, China,  Thailand, Indonesia.
Nike -  Indonesia, China, Thailand, Vietnam.
New Balance - China, Vietnam.
Converse - Indonesia, China, Thailand.
Puma - China, Vietnam.


Contoh gambar Tag 'Ori':-


 

  

 

 

 

Contoh Yang 'Tak Ori;:-









So...pandai2 la tengok masa nak beli 2. Takut terbeli mahal sangat menyesal tak sudah.



Ermenegildo Zegna


Ermenegildo Zegna atau Zegna atau Gildo Zegna adalah sebuah rumah fesyen Itali terkemuka, khusus dalam pakaian lelaki diasaskan pada tahun 1910, kini diuruskan oleh generasi ke-4 keluarga Zegna dan kekal dalam pemilikan keluarga. Selain mengeluarkan label sendiri, ia juga menghasilkan pakaian untuk label seperti Gucci, Yves Saint Laurent dan Tom Ford. YSL Beaute memasarkan wangian dipanggil ESSENZA DI Zegna dan Zegna telah menghasilkan aksesori dan barangan kulit. Sebagai salah satu pengeluar global terbesar kain halus (2.3 juta meter setahun), Wool Zegna telah aktif dalam menggalakkan peningkatan pengeluaran di seluruh dunia.


Pengeluaran
Produk Zegna termasuk fabrik, sut, tali leher, pakaian sejuk/panas (sweater), baju, aksesori dan sukan.
Ermenegildo Zegna mempunyai keluaran tahunan lebih 2.3 juta meter kain, 600,000 unit sut dengan lengan, 1.6 juta pakaian sukan dan 1.7 juta aksesori tekstil. Zegna menggaji lebih 7,000 pekerja di seluruh dunia dengan 28 peratus daripada pendapatan syarikat di Amerika, 39% di EMEA dan 33% di Australasia.

No comments:

Post a Comment